Sebelum ni…aku xkenal siapa Syuraih bin al-Haris…..
Siapakah beliau….??????
Bagiku beliaulah seorang hakim buta yang celik hati……
Beliau diamanahkan untuk memegang jawatan sebagai seorang hakim selama kira-kira 60 tahun…..Bermula dari zaman Umar r.a. melantiknya menjadi hakim di Kufah sehingga beliau menjadi hakim tertinggi mahkamah di zaman permulaan Bani Umayyah, Mu’awiyah r.a…….
Yang paling aku kagumi tentang beliau ialah, tentang kisah beliau memberi nasihat kepada seorang pemuda……aku rasa…kisah ini terkena kepada diri aku….seolah-olah aku terasa pedas kerana termakan cili(siapa yg makan cili…dia la rasa pedasnya)………hohoho……
Kisah yang aku maksudkan tu bermula begini…..
Ada Seorang lelaki…lelaki ini sering menceritakan masalah peribadinya kepada orang lain sehinggalah cerita ini didengari oleh Syuraih…..
Sebagai meringkaskan cerita…Syuraih telah mengigatkanya : “Saudaraku! Setiap orang yang kita temui adalah orang yang menyayangi kita atau musuh kita. Jika kita menceritakan kesusahan kita pada orang yang kita sayangi, mereka akan merasa sedih. Sebaliknya apabila kita menceritakan masalah kita pada musuh kita, mereka akan gembira.”
“Saudaraku! Ketauhilah olehmu,” beliau menunjukkan sebelah daripada matanya seraya berkata, “Mataku ini sudah tidak berfungsi sejak lima belas tahun yang lalu. Aku tidak dapat melihat manusia dan jalan serta segala benda lain dalam tempoh itu. Alhamdulillah aku tidak memberitahu sesiapun tentangnya melainkan kepadamu, agar kau mengambil pengajaran!”
“Kau tentu pernah membaca firman Allah dalam surah Yusuf ayat 86 yang bermaksud: ‘Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan duakcitaku kepada Allah.’ Maka jadikanlah Allah tempat pengaduanmu dalam menghadapi tekanan dan dapat membantumu.”
Huh…..Kisah ini…mememang menusuk jantung aku…..hohoho…memang terasa betul(bagi diri aku la…..pada diri hangpa aku xtau hangpa terasa atau tidak)…..Sekian. Fikir-fikirkan lah…….
No comments:
Post a Comment