Wednesday, December 2, 2009

Aku nak berkongsi…..

Aku baca…..
Tapi aku xtau nak kongsi cerita kepada sesiapa…….
Aku terfikir…..dan berfikir….ermmm…..
Ya…..baru aku teringat…hohoho….
Hanya di sini tempat aku meluahkan apa yang aku nak kongsikan…..

Ermm…..
Pentingkah terjemahan hadis pada masa pembangunan….?
Bagi aku…….semua orang wajid ada terjemahan hadis…..sebab????
Aku xtau tulis sebab kepentingan terjemahan hadis….tapi hangpa boleh baca sebab dia dalam buku terjemahan hadis Shahih Bukhari jilid I, II. III dan IV……
Salah satu sebab dia aku leh kongsi dengan hangpa semua……kalau nak tau semua sebab hangpa beli buku tu…

Salah satu sebab dia….
Sila baca dibawah….(aku salin balik apa yang ditulis dalam buku)…

Oleh : Alm. K.H.A. Wahid-Hasjim
1.Saudara Murtaj, seorang Pemuda Islam di Malang baru-baru ini bertanya pada saya(bukan aku….aku tulis apa yang dalam buku tulis je…hehehe) : Bagaimanakah nasibnya angkatan(generasi) yang akan datang ditinjau dari pendidikan Islam? Ia bertanya demikian, kerana dilihatnya anak-anak muda sekarang, yang mestinya banyak mengetahui tentang ilmu-ilmu keislaman, ternyata pengetahuan mereka tentang Islam terbatas pada pokok-pokok rukun(kewajipan) Islam yang lima saja. Ia bertanya selanjutnya: Tidakkah itu suatu tanda, bahawa angkatan(generasi) yang akan datang akan makin jauh dari pada Islam..? Ia mencontohkan beberapa anak-anak yang orang tuanya terdiri daripada Ulama, ahli-ahli agama yang dalam pengetahuannya tentang hukum-hukum dan ilmu Islam tetapi mereka itu kini tidak lebih pengetahuannya dari anak-anak orang lain yang bukan Ulama’, terbatas pada ilmu-ilmu agama(Islam).

2. Kepadanya saya jawab(bukan aku jawab….aku tulis apa yang dalam buku tulis je…hohohoho), bahawa menurut pendapat saya, hal itu tidak perlu, dan tidak boleh mengecilkan hati kita. Dan hal itu tidak dapat dijadikan bukti, bahawa angkatan(generasi) yang akan datang, akan jauh dari Islam. Kita harus memandang kepada persoalan ini dengan cara yang teliti. Jika kita periksa betul-betul dengan otak yang dingin dan pikiran yang tenang, akan dapat kita ketahui, bahawa ada kekhilafan kecil di dalam caranya orang tua-tua dahulu memandang. Mereka dulu mencampur-adukan antara tujuan mendidik anak menjadi orang yang beragama dan orang yang berpengentahuan agama. Untuk menjadikan orang beragama, tidak perlu orang itu diharuskan(ditentukan) mempunyai ilmu agama terlalu dalam dan luas. Sebaliknya orang yang berpengatahuan agama tidak mesti menjadi orang yang beragama dengan baik. Acapkali kita dapati seorang yang tidak berpengatahuan agama dengan luas dan dalam, beragama lebih sempurna dari pada orang yang berpengatuhuan agama dalam erti yang dalam dan luas. Juga sering kita dapati, orang yang mengerti betul ilmu-ilmu agama dengan sedalam-dalamnya, perbuatannya tidak memberikan nama baik sebagai orang beragama.


Itu baru cebisan petikan saja……aku dah xlarat tulis….nak tau lebih, hangpa baca buku terjemahan hadis Shahih Bukhari jilid I, II. III dan IV……

Apa pun aku taip sedikit cebisan untuk kesimpulann sebagaimana dalam buku tu….

Kesimpulan dia macam ni….
Pada masa dahulu orang telah salah memahami antara orang yang taat beragama dan orang yang berpengatahuan agama; sebagaimana orang yang bersikap taat pada undang2 negeri, tidak usah ia menjadi “ahli” hukum negeri sebagai rechtskunding, juga orang yang bersikap taat pada agama, tidak usah ia menjadi “ahli” agama. Orang yang bersikap taat pada undang-undang negeri cukuplah mendengar, bahawa sesuatu hal adalah larangan undang-undang, dan dengan demikian ia lalu menjauhi larangan tadi. Demikian juga yang bersikap taat pada agama, cukuplah mendengar, bahawa (Allah) mewajidkan ini dan melarang itu, dan dengan demikian ia lalu mentaati kewajipan tadi (menjalankannya) dan menghentikan cegahan tersebut (meningalkannya).

Itulah perkongsian aku setakat ini….
Aku harap hangpa hayatilah……
Aku amat mengharapakan hangpa semua memiliki terjemahan hadis yang sahih…..Amin.

No comments: