Thursday, December 10, 2009

3 orang budak boleh bercakap……

Bila aku bosan…aku xtau nak wat pe la….hohohoho….
Tp kdng2 bila bosan2 aku dengan sengaja tgk2 kitab hadis sahih bukhari…nk dijadikan cerita…pada suatu hari tu….….tgk punye tgk….bace punye bace……tiba2…nak diringkaskan cerita ….aku terjumpa lah satu hadis ni…..hadis ni panjang la jugak…..
Bagi aku…hadis yang aku jumpa tu memang menarik sekali…..melalui hadis ni….aku dpt banyak pengajaran yang berguna untuk diri aku….

Hadis yang aku maksudkan tu seperti dibawah…..aku harap hangpa semua leh la paham isi tersirat dan tersurat yg ingin disampaikan….

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: “Yang pandai berbicara dalam buaian(pada waktu kecil), hanyalah tiga orang, di antaranya Isa. Ada seorang laki-laki Bani Israil yang bernama Juraij. Ketika ia sembahyang, datang ibunya memanggilnya. Kata Juraij dalam hatinya: “Apakah akan saya jawab ibu saya, atau saya terus sembahyang?” Kata ibu: “Wahai Tuhan! Janganlah Engkau matikan ia sebelum Engkau perlihatkan kepadanya muka perempuan pelacur!” Dan Juraij tetap dalam tempat peribadatannya. Kemudian seorang perempuan menawarkan diri kepadanya untuk berbuat jahat, Juraij menolak. Perempuan itu lalu datang kepada seorang pengembala, menyerah diri kepadanya. Kemudian ia melahirkan anak, dan dikatakannya anak Juraij. Orang banyak datang kepadanya, menghancurkan tempat peribadatannya. Mereka menyeret dan mencaci-makinya. Kemudian Juraij berwuduk dan terus mengerjakan sembahyang. Lalu didatanginya anak itu seraya berkata: “Hai anak! Siapakah ayahmu?” Jawabnya: “Pengemabala!” Orang banyak tadi lalu berkata: “Kami dirikan kembali tempat peribadatanmu dari emas!” Kata Juraij: “Jangan! Cukup dari tanah saja!” Ada lagi seorang perempuan Bani Israil sedang menyusukan anaknya. Maka seorang laki-laki lalu ditempatnya menunggang kuda lagi tampan rupanya. Kata Perempuan itu: “Wahai Tuhan! Jadikanlah anakku seumpama orang itu!” Anak itu pun lalu meninggalkan susu ibunya dan menghadap kepada orang yang menunggang kuda itu, katanya: “Wahai Tuhan! Janganlah Engkau jadikan saya seumpama dia!” Kemudian anak itu kembali mengisap susu ibunya. Kata Abu Hurairah: Seolah-olah saya melihat Nabi s.a.w. menghisap jari beliau. Kemudian lalu pula di tempat itu seorang budak perempuan. Kata perempuan itu: “Wahai Tuhan! Jangan Engkau jadikan anakku seumpama orang ini!” Anak itu pun lalu meninggalkan susu ibunya, katanya: “Wahai Tuhan! Jadikanlah saya seumpama dia!” Ibunya lalu berkata: “Mengapa begitu?” Jawabnya: “Orang yang menunggang kuda tadi adalah seorang yang sangat takbur. Sedangkan budak perempuan itu banyak orang berkata kepadanya: Engkau pencuri dan penzina, padahal ia tiada pernah berbuat demikian”.

Fikir-fikirkan lah…..hohoho…..

Syuraih….

Sebelum ni…aku xkenal siapa Syuraih bin al-Haris…..
Siapakah beliau….??????
Bagiku beliaulah seorang hakim buta yang celik hati……
Beliau diamanahkan untuk memegang jawatan sebagai seorang hakim selama kira-kira 60 tahun…..Bermula dari zaman Umar r.a. melantiknya menjadi hakim di Kufah sehingga beliau menjadi hakim tertinggi mahkamah di zaman permulaan Bani Umayyah, Mu’awiyah r.a…….

Yang paling aku kagumi tentang beliau ialah, tentang kisah beliau memberi nasihat kepada seorang pemuda……aku rasa…kisah ini terkena kepada diri aku….seolah-olah aku terasa pedas kerana termakan cili(siapa yg makan cili…dia la rasa pedasnya)………hohoho……

Kisah yang aku maksudkan tu bermula begini…..
Ada Seorang lelaki…lelaki ini sering menceritakan masalah peribadinya kepada orang lain sehinggalah cerita ini didengari oleh Syuraih…..
Sebagai meringkaskan cerita…Syuraih telah mengigatkanya : “Saudaraku! Setiap orang yang kita temui adalah orang yang menyayangi kita atau musuh kita. Jika kita menceritakan kesusahan kita pada orang yang kita sayangi, mereka akan merasa sedih. Sebaliknya apabila kita menceritakan masalah kita pada musuh kita, mereka akan gembira.”

“Saudaraku! Ketauhilah olehmu,” beliau menunjukkan sebelah daripada matanya seraya berkata, “Mataku ini sudah tidak berfungsi sejak lima belas tahun yang lalu. Aku tidak dapat melihat manusia dan jalan serta segala benda lain dalam tempoh itu. Alhamdulillah aku tidak memberitahu sesiapun tentangnya melainkan kepadamu, agar kau mengambil pengajaran!”

“Kau tentu pernah membaca firman Allah dalam surah Yusuf ayat 86 yang bermaksud: ‘Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan duakcitaku kepada Allah.’ Maka jadikanlah Allah tempat pengaduanmu dalam menghadapi tekanan dan dapat membantumu.”

Huh…..Kisah ini…mememang menusuk jantung aku…..hohoho…memang terasa betul(bagi diri aku la…..pada diri hangpa aku xtau hangpa terasa atau tidak)…..Sekian. Fikir-fikirkan lah…….

Wednesday, December 2, 2009

Aku nak berkongsi…..

Aku baca…..
Tapi aku xtau nak kongsi cerita kepada sesiapa…….
Aku terfikir…..dan berfikir….ermmm…..
Ya…..baru aku teringat…hohoho….
Hanya di sini tempat aku meluahkan apa yang aku nak kongsikan…..

Ermm…..
Pentingkah terjemahan hadis pada masa pembangunan….?
Bagi aku…….semua orang wajid ada terjemahan hadis…..sebab????
Aku xtau tulis sebab kepentingan terjemahan hadis….tapi hangpa boleh baca sebab dia dalam buku terjemahan hadis Shahih Bukhari jilid I, II. III dan IV……
Salah satu sebab dia aku leh kongsi dengan hangpa semua……kalau nak tau semua sebab hangpa beli buku tu…

Salah satu sebab dia….
Sila baca dibawah….(aku salin balik apa yang ditulis dalam buku)…

Oleh : Alm. K.H.A. Wahid-Hasjim
1.Saudara Murtaj, seorang Pemuda Islam di Malang baru-baru ini bertanya pada saya(bukan aku….aku tulis apa yang dalam buku tulis je…hehehe) : Bagaimanakah nasibnya angkatan(generasi) yang akan datang ditinjau dari pendidikan Islam? Ia bertanya demikian, kerana dilihatnya anak-anak muda sekarang, yang mestinya banyak mengetahui tentang ilmu-ilmu keislaman, ternyata pengetahuan mereka tentang Islam terbatas pada pokok-pokok rukun(kewajipan) Islam yang lima saja. Ia bertanya selanjutnya: Tidakkah itu suatu tanda, bahawa angkatan(generasi) yang akan datang akan makin jauh dari pada Islam..? Ia mencontohkan beberapa anak-anak yang orang tuanya terdiri daripada Ulama, ahli-ahli agama yang dalam pengetahuannya tentang hukum-hukum dan ilmu Islam tetapi mereka itu kini tidak lebih pengetahuannya dari anak-anak orang lain yang bukan Ulama’, terbatas pada ilmu-ilmu agama(Islam).

2. Kepadanya saya jawab(bukan aku jawab….aku tulis apa yang dalam buku tulis je…hohohoho), bahawa menurut pendapat saya, hal itu tidak perlu, dan tidak boleh mengecilkan hati kita. Dan hal itu tidak dapat dijadikan bukti, bahawa angkatan(generasi) yang akan datang, akan jauh dari Islam. Kita harus memandang kepada persoalan ini dengan cara yang teliti. Jika kita periksa betul-betul dengan otak yang dingin dan pikiran yang tenang, akan dapat kita ketahui, bahawa ada kekhilafan kecil di dalam caranya orang tua-tua dahulu memandang. Mereka dulu mencampur-adukan antara tujuan mendidik anak menjadi orang yang beragama dan orang yang berpengentahuan agama. Untuk menjadikan orang beragama, tidak perlu orang itu diharuskan(ditentukan) mempunyai ilmu agama terlalu dalam dan luas. Sebaliknya orang yang berpengatahuan agama tidak mesti menjadi orang yang beragama dengan baik. Acapkali kita dapati seorang yang tidak berpengatahuan agama dengan luas dan dalam, beragama lebih sempurna dari pada orang yang berpengatuhuan agama dalam erti yang dalam dan luas. Juga sering kita dapati, orang yang mengerti betul ilmu-ilmu agama dengan sedalam-dalamnya, perbuatannya tidak memberikan nama baik sebagai orang beragama.


Itu baru cebisan petikan saja……aku dah xlarat tulis….nak tau lebih, hangpa baca buku terjemahan hadis Shahih Bukhari jilid I, II. III dan IV……

Apa pun aku taip sedikit cebisan untuk kesimpulann sebagaimana dalam buku tu….

Kesimpulan dia macam ni….
Pada masa dahulu orang telah salah memahami antara orang yang taat beragama dan orang yang berpengatahuan agama; sebagaimana orang yang bersikap taat pada undang2 negeri, tidak usah ia menjadi “ahli” hukum negeri sebagai rechtskunding, juga orang yang bersikap taat pada agama, tidak usah ia menjadi “ahli” agama. Orang yang bersikap taat pada undang-undang negeri cukuplah mendengar, bahawa sesuatu hal adalah larangan undang-undang, dan dengan demikian ia lalu menjauhi larangan tadi. Demikian juga yang bersikap taat pada agama, cukuplah mendengar, bahawa (Allah) mewajidkan ini dan melarang itu, dan dengan demikian ia lalu mentaati kewajipan tadi (menjalankannya) dan menghentikan cegahan tersebut (meningalkannya).

Itulah perkongsian aku setakat ini….
Aku harap hangpa hayatilah……
Aku amat mengharapakan hangpa semua memiliki terjemahan hadis yang sahih…..Amin.